Sunday, 26 April 2015

TUGASAN 1

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY


 

Nama                    : Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Asal                       : Alor Setar, Kedah
Pendidikan            : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Mula berniaga       : Pada umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan              : RM 10.5 Bilion (berada di tangga ke 8 rakyat Malaysia terkaya)
Sumbangan           : Menubuhkan Yayasan al-Bukhary (Badan kebajikan)
Sumber kekayaan  :
          i.        Amtek Holdings (Pengeluar kasut tentera)
       ii.        Oriental Garments Uniform Division (Pengeluar uniform tentera)
     iii.        Spark Manshop ( Pengeluar pakaian jenama Crocodile)
     iv.        Bukhari Shipping (Perkapalan)
       v.        Syarikat Bukhary Development (Perumahan)
     vi.        Pelabuhan Tanjung Pelepas (Pemaju pelabuhan)
    vii.        Equiventure Sdn Bhd (Projek penswastaan air)
   viii.        Bernas (Memiliki 18% saham)
     ix.        Pernas International Holdings Berhad ( Memiliki 32% saham)
       x.        Fiamma Holdings Berhad (Memiliki 18.7% saham)
     xi.        Aliran Ihsas Resources (Minuman)
    xii.        DRB HICOM (Pengakutan)
   xiii.        Modenas (Pengakutan)
   xiv.        Pemilik Bank Muamalat
    xv.        Pemilik PUSPAKOM


Ciri-Ciri Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

1.  Dapat melihat dan mengambil peluang

Usahawan pada abad ke 21 bukan sahaja pandai melihat dan mengambil peluang tetapi juga pandai menganalisis, merumus dan mengambil tindakan terhadap peluang yang ada.

          Berbalik kepada tokoh usahawan bumiputera berjaya iaitu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, beliau seorang yang sangat hebat dalam melihat dan merebut peluang yang ada. Sebagai contohnya, beliau telah melibatkan diri dalam projek penswastaan Johor Port Sdn Bhd dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn Bhd.

           Melalui Johor Port Sdn Bhd, beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. Beliau berjaya mempopularkan pelabuhan tersebut sehingga dapat meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denwark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas . Dari sudut ini, kita dapat lihat beliau seorang yang mampu melihat peluang dan merancang masa depan .

          Bukan itu sahaja, beliau juga meletakkan kepentingan didalam syarikat- syarikat yang dilihatnya mampu menjana keuntungan. Sebagai contohnya, beliau telah melabur didalam syarikat beras terkemuka negara iaitu BERNAS. Kemampuannya dalam melihat peluang-peluang dalam perniagaan menjadi kunci kejayaan sehingga bergelar orang yang terkaya di Malaysia dengan menduduki di tangga ke 8 Malaysia.


2. Mengambil risiko yang diperhitungkan

Seperti sifat umum yang ada pada seseorang usahawan, usahawan yang ingin berjaya pada abad ke 21 juga perlu mengambil risiko serta berhadapan dengan risiko yang diperhitungkan. Nilai pulangan pula berkait rapat dengan nilai risiko yang diambil.

          Apabila membuat kajian mengenai tokoh usahawan bumiputera terkenal iaitu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, beliau seorang yang pengambil risiko. Sebagai contohnya, beliau telah melibatkan diri dengan perniagaan perkapalan dengan menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan.

          Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi COBOTAGE. Melalui Bukhari Shipping juga beliau telah membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga US1 juta dolar. Kapal tersebut diberi nama Angsa Mas dan digunakan untuk mengakut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak.

          Walaubagaimanapun, perniagaan tersebut telah mengalami kerugian yang menyebabkan beliau menjual kapalnya pada harga US600,000 dolar. Jadi, beliau terpaksa menanggung kerugian US400,000 dolar.

          Beliau membuat keputusan untuk membeli kapal berharga US1 juta itu adalah kerana pembeliaan aset tersebut mampu mengurangkan kos pengakutan yang dialaminya sebelum ini. Sesuai dengan nilai pulangan yang bakal diperolehinya dengan risiko yang dihadapi, beliau seorang yang sangat berani mengambil risiko walaupun akhirnya menempuh kegagalan.



3. KeusahawananSosial

Keusahawanan sosial merupakan salah satu trend terkini bagi usahawan yang berjaya. Keusahawanan sosial merupakan sumbangan usahawan kepadao rganisasi sosial atau organisasi bukan untung bagi menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadangnikmat yang kita dapat boleh merosakkankita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.

Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan,Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. PenglibatanYayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM1 juta bagi ProjekLangkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.


4. Sifat kepimpinan

Di antara sifat-sifat kepimpinan yang dimiliki oleh beliau adalah seperti berfikiran terbuka,mudah menerima kritikan dan sentiasa menerima pandangan atau pendapat-pendapat daripada orang lain. Walaupun beliauti dak begitu diketahui umum, ahliperniagaan yang tidak gemar publisiti ini adalah pemilik pelbagai jenis perniagaan seperti rangkaian syarikat tenaga,pelabuhan,hotel,perkilangan dan pasar raya
.
Beliau lebih gemar kepada cara kehidupan yang serba ringkas,mudah mesra,peramah dan fokus terhadap apa yang diusahakan nya. Jika ada satu perkataan yang boleh menggambarkan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary adalah sifat rendah dirinya. Ini adalah kerana segala kejayaan dan kekayaan tidak merosakkan dirinya. Kaum keluarga,sahabat handai,saudara mara,rakan perniagaan dan manusia biasa yang telah beliau bantu boleh mengakui perkara ini.Sehingga harii ni, Syed Mokhtar Al Bukhary berkerja dari siang hinggá larut malam dan ada kalanya sehingga pagi. Rumah nya adalah ibu pejabat korporat, dimana beliau mengikut perkembangan syarikat-syarikat dan kebajikan lebih 20,000 pengurus dan kakitangannya.

Dewan di rumah beliau di Kuala Lumpur adalah bilik mesyuarat utama dan beliau berjumpa dengan pengarah-pengarah eksekutif serta pengurus-pengurusnya seminggu sekali. Syed Mokhtar hanya melakukan lawatan kerja jika perlu selain gemar mengadakan perjalanan balik-hari kerana beliau mahu meluangkan masa berkualiti bersama pekerja dan keluarga.


5. Mempunyai initiative diri yang tinggi

Pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi oleh Tan Sri tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjaya. Beliau tidak pernah putus asa dalam menyara hidupnya dari dahulu hinggalah sekarang walaupun kedudukann yang agak selesa pada masa kini. Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam perniagaan lembu penternakan tetapi hanya untuk melihat perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut. Walaubagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar AlorSetar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

          Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar kemudian menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras kepihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

          Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usahasama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratusdan 16 peratus. Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditilain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga kehari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.






                                                              

Monday, 2 March 2015

Tugasan 2

Tokoh 1

Dato Aliff Syukri Kamarzaman ( Pengasas D’Herbs Healthy Sdn.Bhd)


Mencari dan merebut peluang perniagaan

Dato’ Aliff  Syukri Kamarzaman  yang dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,kuala lipis, Pahang. Beliau telah berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.Besar,Selangor kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage. Beliau terlibat dengan perniagaan sejak diawal usia 7 tahun di sekolah untuk dibuat  belanja persekolahan.

 Ciri usahawan beliau ialah sentiasa mencari peluang perniagaan. Disebabkan kurang berminat dalam pelajaran secara formal di peringkat universiti beliau pada awalnya cuba membuka bengkel kecantikan dan  kesihatan.Beliau yang tidak mempunyai kelulusan dalam pelajaran pernah bekerja dan hanya mendapat Rm1000 sebulan. Pendapatan itu sememangnya tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya di Kuala Lumpur. 

      Bengkel  yang diusahakan sendirian di pejabat-pejabat swasta ataupun kerajaan membuka minda beliau untuk membuat produk sendiri. Kerana sebelum ini produk-produk yang diguna pakai semasa bengkel tersebut beliau mengunakan produk pengusaha lain. Sejak itu, beliau membuat produk sendiri dan hanya ada tiga jenis produk. Perniagaan beliau mula berkembang sedikit demi sedikit.. Pendapatan sebulan untuk produk D’Herbs sekarang memcecah Rm1 juta sebulan.





Tokoh 2


TAN SRI DR.JEFFREY CHEAH


                              
Tidak berputus asa

Tan sri dr. Jeffrey cheah adalah ketua pegawai eksekutif kumpulan sunway. Beliau telah dilahirkan di pusing, perak dan mempunyai enam orang adik beradik.beliau mendapat pendidikan tinggi dari footscray institute of technology yang kini dikenali sebagai Victoria university of technology, Australia. Selepas Berjaya menamatkan pengajian,beliau memulakan kerjaya sebagai akauntan di sebuah kilang pemasangan motor.

     Tan Sri Dr.  Jeffrey cheah mula memceburi bidang keusahawanan dan menjadi pengasas dan peneraju kumpulan sunway. Dari segi sejarah penubuhannya,kumpulan ini berjaya menempuh tiga tempoh kemelesetan ekonomi dengan jayanya.pada tahun 1974,beliau menjalankan perniagaan perlombongan bijih timah melalui syarikat sungei way dengan modal berbayar sebanyak RM100,000.  Pada tahun 1997, kemelesetan ekonomi melanda Negara, namun syarikatnya dapat bertahan.  Setelah beberapa tahun memjalankan perniagaan tersebut,bijih timah telah habis dilombong dan beliau telah bertukar kepada perniagaan pasir dan kuari.  Perestasi yang memberangsangkan memjadikan perniagaannya itu berjaya disenaraikan dalam papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1984 sebagai Sunway Holdings Berhad.

      Pada tahun 1985,Malaysia dilanda kegawatan ekonomi dan pada tahun 1980-an,kesan kemelesetan ekonomi yang dirasai adalah lebih ketara.  Memjelang tahun 1987,sunway Holdings Berhad memcatatkan kerugian yang hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya.  Namun Tan Sri Dr. Jeffrey Chaeh memgambil beberapa langkah agar dapat bertahan. Selepas kegawatan ekonomi berakhir, tan sri dr. Jeffrey cheah mula memgambil langkah bagi menyebarkan risiko dan memperbagaikan perniagaan yang diceburinya, sunway Holding Berhad mula melibatkan diri dalam sektor pembangunan hartanah,pelaburan hartanah,perbuatan,perhotelan dan perniagaan berkaitan hiburan.  Hasil keperbagaian itu, beliau berjaya memubuhkan sunway city berhad, sunway construction berhad dan sunway building technology berhad. 


      Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah adalah seorang yang suka belajar dari kesilapan.  Selain dari bergantung dengan fakta, beliau juga tidak lupa memamfaatkan gerak hati dan memgunakan dalam membuat keputusan.  Beliau tidak membiarkan emosi memguasai diri kerana beliau membuat keputusan berdasarkan akal fikiran dan bukannya emosi. Beliau juga akan memastikan segala hutang piutang yang dipinjam dapat dijelaskan kepada pihak bank pada masa yang ditetapkan. Beliau amat memamdang tinggi kebolehan dan sikap intergiti bagi memcapai kejayaan. Rahsia beliau yang selama ini beliau pegang adalah falsafah beliau ialah “tiada yang mustahil di dunia ini untuk berjaya”



Tokoh 3


HARSUKHLAL MAGANLAL KAMDAR


BELAJAR DARI KESILAPAN

Harsukhlal maganlal kamdar adalah pengasas dan pengarah urusan pusat pakaian kamdar.  Beliau dilahirkan di Gujerat India, dan tiba di Malaysia pada tahun 1941 selepas menamatkan pengajian tingkatan lima.  Bapanya memghendaki beliau meneruskan pengajian tetapi beliau ingin berkerja.  Walaupun kurang mendapat pengajian formal dan tinggi, beliau banyak menimba ilmu daripada sumber-sumber lain seperti pengalaman berkerja dan berjinak menceburi bidang keusahawan

      Harsukhal memulakan perniagaannya dalam bidang import dan eksport tetapi terpaksa diberhentikan apabila perang dunia kedua melanda.selepas itu beliau sering menunggang basikal 20 batu hingga 30 batu sehari disekitar Pulau Pinang bagi meninjau bidang perniagaan yang berpotensi.  Walau bagaimanapun,usahanya itu kurang berhasil dan pada tahun 1954, beliau telah menyertai abangnya yang membuka kedai kain di ipoh.beliau menyertai perniagaan abangnya hanya untuk seketika waktu sebelum pulang ke india selepas perang Dunia Kedua berakhir.  Selepas beberapa lama di india,beliau pergipula ke singapura bagi menyertai perniagaan yang dipelopori oleh bangsa Punjabi.Perniagaan itu melibatkan import eksport kain, sagu, kekacang, kain guni, dan bermacam barangan lagi.beliau telah berkerja dan mendapat pengalaman berniaga selama tiga tahun di Singapura.

      Kegawatan ekonomi pada tahun 1977 menyebabkan perniagaan di jalan TAR terpaksa ditutup. Ruang perniagaan tersebut telah disewa kepada orang lain. Pada mulanya Harsukhlal tidak bersetuju dengan tindakan itu.  Namun, disebabkan perniagaan ini turut diuruskan oleh adik beradik yang lain,beliau terpaksa akur dengan keputusan tersebut.  Beliau berpendapat Kuala Lumpur merupakan sebuah kawasan yang berpotensi untuk menjalankan perniagaan dalam jangka masa panjang.ekoran dari itu,Harsukhlal telah meninjau peluang untuk membuka cawangan yang lain di Kuala Lumpur dan pada tahun  1980-an, beliau membuka sebuah kedai kamdar di chow kit di sebelah pasar raya batu road,dan sebuah lagi di globe silk store.

      Perniagaan kamdar terus berkembang pesat dan mereka membuka cawangan di Bandar-bandar utama di Malaysia.kamdar memperolehi kainnya dari sumber tempatan dan juga melalui pejabat operasinya di luar Negara seperti india, Indonesia, korea, dan ermiriyah arab bersatu. Rahsia kejayaan kamdar ialah memjadikan kerjanya sebagai hobi dan minat dan tidak takut untuk membuat kesalahan dan sentiasa belajar dari kesilapan.kini kamdar memjadi pilihan rakyat Malaysia dan digemari rakyat Malaysia.


Tokoh 4


Tan Sri Dato’ Azman Hashim



DECISIVE

Decisive membawa maksud keupayaan atau kuasa untuk membuat suatu keputusan yang bernas dalam menyelesaikan masalah atau konflik yang dihadapi.

     Tan Sri Dato’ Azman Hashim merupakan seorang contoh usahawan terkenal di Malaysia. Dilahirkan pada Julai 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia. Berkahwin denga YM Tunku Arishah Tunku Maamor da di kurniakan lima orang cahaya mata. Beliau merupakan seorang ketua kumpulan kepada sebuah bank iaitu AmBank.

      Ciri usahawan beliau boleh dilihat pada usaha beliau yang gigih tanpa mengenal erti penat. Pada beliau, sebagai seorang usahawan yang tidak boleh duduk diam, wang bukanlah perkara yang dicari akan tetapi beliau gemar mencari dan mengahdapi cabaran. Jika tidak kerana itu, beliau mungkin telah lama bersara.

         Keupayaan beliau dalam membuat keputusan yang begitu bernas dapat dilihat apabila dia mengambil sijil erakaunan dari Australia yang mana merupakan kelas kedua pada tanggapan umum dalam bidang kerjaya. Ia tidak sia-sia, setelah memperoleh pengalaman bekerja di Bank Negara Malaysia(BNM), beliau membentuk firma perakaunan Azman and Co. Ia merupakan satu tindakan keputusan yang bernas walaupun pada ketika itu bidang perakaunan merupakan suatu benda yang baru. Usaha membuahkan hasil, firmanya berkembang maju dan meningkat kukuh lalu ditukar nama kepada Azman Wong Salleh & Co yang membabitkan empat rakan kongi dan lebih 100 pekerja.

     Beliau tutut membuat keputusan yang tidak dijangka dengan meninggalan firmanya untuk memegang jawatan ketua pegawai eksekutif Malayan Banking Bhd(Maybank) yang mengurangan pendapatan bulanannya sebanyak 50 peratus. Keputusan ini adalah untuk membantu Maybank yang sedang menghadapi masalah. Kedatangan beliau mengubah perbankkan tersebut sehingga menjadi sebuah rangkaian bank yang terbesar di Asia Tenggara disamping pembangunan sistem perkomputeran perbankkan yang terbesar.

       Kebolehan untuk membuat suatu keputusan yang bernas telah mendorong beliau untuk membeli 40 peratus saham Taiping TEXTILES (kini AMDB Bhd) dan 100 ekuiti Arab-Malaysia Development Bank Bhd ( kini AmMerchant Bank Bhd).  Beliau sebenarnya kurang berminat dengan tekstile tetapi menggunakannya sebagai asas korporat untuk mengumpul kekayaan.Hari ini, keputusan yang dibuat dahalu menunjukkan hasilnya, kini empayar Tan Sri Azman Hashim di bawah firma terbitan awam Arab-Malaysia Corporation Bhd meliputi kewangan, hartanah, pembuatan dan penyiaran, dengan beberapa syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

      Disamping Arab-Malaysia, Azman juga terbabit dengan banyak lagi syarikat dan pertubuhan, antaranya Malaysian South-South Corporation Bhd, MCM Technologies Bhd, Perbadanan Pembangunan Multimedia Sdn Bhd, Persatuan Bank- Bank Saudagar Malaysia, Perbadanan Pengeluaran Negara, Pasific Basin Economic Council Malaysia, Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia, Malaysian-British dan Malaysia – China Business Council, Asean-Japan Business Meeting dan Malaysia Endurance Riding Society.


      Kekayaan beliau kini diiktiraf majalah FORBES, sebuah majalah terkemuka yang membuat kajiselidik mengenai individu terkaya di dunia. Beliau menduduki tempat ke-10 bagi individu terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan mencecah RM4,108.45 juta. Beliau pernah menerima pelbagai pengiktirafan tempatan dan antarabangsa, anataranya anugerah Asia’s Banker of the ear oleh Asean Business Forum dan Manager of the Year 1995 oleh Harvard Business School Alumni Club, Malaysia.



Tokoh 5



Rozita Ibrahim



INITIATIVE

Initiatif membawa maksud kepada kebolehan menghadapi sesuatu masalah dengan mengambil satu tindakan atau pelan yang lain untuk menyelesaikan masalahh tersebut.

       Rozita Ibrahim merupakan satu nama yang terkenal dan terkemuka di Malaysia kerana produk kecantikan beliau yang mujarab. Merupakan pengasas kepada produk kecantikan yang berjenama Sendayu Tinggi. Anak kelahiran  Sungai Besar, Selangor, Malaysia ini telah menjadikan dirinya sendiri sebagai ujikaji pada produknya merupakan satu usaha inisiatif pada dirinya untuk menguji keberkesanan produknya.

      Bermula dari bawah, dalam kehidupan miskin dan penuh kesulitan sebagai penoreh getah begitu teguh menempuh onak duri. Pada satu usia yang muda, dia terpaksa berkahwin dan menempuhi perceraian, dalam masa yang sama perit menjaga dan membesarkan anak. Lebih pilu lagi apabila salah satu anaknya jatuh sakit dan kerana tiada sumber kewangan untuk mendapatkan rawatanyang sewajarnya, anaknya itu telah meninggal dunia.

      Pada waktu begini, beliau mengambil kesempatan dari kesulitan hidupnya untuk menceburi pelbagai bidang pekerjaan gara-gara untuk menyara diri dan keluarga tersayang. Akhirnya, dalam keadaan terdesak, dia menghabiskan beberapa ratus Ringgit untuk digunakan sebagai perumusan kesihatan berasaskan herba dan kini produk Sendayu Tinggi memiliki tempat dipasaran Brunei,Singapura malah beberapa tempat lagi di sekitar asia.

      Inisiatif yang diambil beliau ketika waktu susah untuk mencuba pelbagai bidang pekerjaan membuahkan hasil. Beliau seperti tahu keperluan produk kecantikan akan mendapat permintaan ramai, ditambah lagi pada masa kini manusia berebut untuk menjadi cantik dan sanggup berkorban apa saja demi memperoleh kecantikan sejati. Usaha beliau untuk menghasilkan produk ini dengan menjadikan dirinya sendiri sebagai bahan ujikaji membuahkan hasil. Beliau mempunyai slogan tersendiri yang memmbuatkan beliau mampu mendirikan sebuah empayar kecantikan iaitu  Kita tak tahu masa depan, sebab tu bersiap untuk tempoh masa depan.


 Tokoh 6

Tuan Haji Mohd Tamin



Gigih Berusaha

Nama beliau ialah Tuan Haji Mohd Tamin. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Batu Gajah,Perak. Memulakan perniagaan menghasilkan kicap(produk) sendiri di rumah beliau bersama ahli keluarga. Modal awal yang digunakan untuk memulakan perniagaan ialah Rm10. Beliau pada awalnya hanya menghasilkan 700 botol kicap sehari bersama ahli keluarga.

      Walaupun proses penghasilan kicap dilakukan dirumah, tetapi beliau sangat menitik beratkan perihal kualiti dan kebersihan. Tahun demi tahun permintaan kicap semakin meningkat iaitu sebenyak 3500 botol sehari. Permintaan meningkat menyakinkan beliau untuk membuka kilang sendiri di Enggor,Kuala Kangsar. Semenjak itu beliau menghasilkan 9000 botol sehari.Kini, perniagaan beliau disambung oleh keluarga-keluarga. Kicap yang dihasilkan sangat berkualiti dan bermutu sehingga dapat menembusi pasaran luar contohnya di United Kingdom. Syarikat Tamin kini mempunyai 28 jenis produk.



 Tokoh 7

Ramly Mokni (Ramly Burger)  



Pemikiran yang kreatif dan inovatif

Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.

Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang berdaya kreatif dan inovatif. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.

Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik