TAN SRI SYED MOKHTAR
AL-BUKHARY
|
Nama : Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Asal : Alor Setar, Kedah
Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Mula
berniaga : Pada umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan : RM 10.5 Bilion (berada di tangga ke 8 rakyat Malaysia terkaya)
Sumbangan : Menubuhkan Yayasan al-Bukhary (Badan kebajikan)
Sumber
kekayaan :
i.
Amtek Holdings (Pengeluar kasut tentera)
ii.
Oriental Garments Uniform Division (Pengeluar
uniform tentera)
iii.
Spark Manshop ( Pengeluar pakaian jenama
Crocodile)
iv.
Bukhari Shipping (Perkapalan)
v.
Syarikat Bukhary Development (Perumahan)
vi.
Pelabuhan Tanjung Pelepas (Pemaju pelabuhan)
vii.
Equiventure Sdn Bhd (Projek penswastaan air)
viii.
Bernas (Memiliki 18% saham)
ix.
Pernas International Holdings Berhad ( Memiliki
32% saham)
x.
Fiamma Holdings Berhad (Memiliki 18.7% saham)
xi.
Aliran Ihsas Resources (Minuman)
xii.
DRB HICOM (Pengakutan)
xiii.
Modenas (Pengakutan)
xiv.
Pemilik Bank Muamalat
xv.
Pemilik PUSPAKOM
Ciri-Ciri
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
1. Dapat melihat dan mengambil peluang
Usahawan
pada abad ke 21 bukan sahaja pandai melihat dan mengambil peluang tetapi juga
pandai menganalisis, merumus dan mengambil tindakan terhadap peluang yang ada.
Berbalik kepada tokoh usahawan
bumiputera berjaya iaitu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, beliau seorang yang
sangat hebat dalam melihat dan merebut peluang yang ada. Sebagai contohnya,
beliau telah melibatkan diri dalam projek penswastaan Johor Port Sdn Bhd dan
Johor Tenggara Oil Palm Sdn Bhd.
Melalui Johor Port Sdn Bhd, beliau menjayakan
projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. Beliau berjaya mempopularkan pelabuhan
tersebut sehingga dapat meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa,
iaitu Maersk Sealand dari Denwark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya
berpindah dari pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas . Dari sudut
ini, kita dapat lihat beliau seorang yang mampu melihat peluang dan merancang
masa depan .
Bukan itu sahaja, beliau juga
meletakkan kepentingan didalam syarikat- syarikat yang dilihatnya mampu menjana
keuntungan. Sebagai contohnya, beliau telah melabur didalam syarikat beras
terkemuka negara iaitu BERNAS. Kemampuannya dalam melihat peluang-peluang dalam
perniagaan menjadi kunci kejayaan sehingga bergelar orang yang terkaya di
Malaysia dengan menduduki di tangga ke 8 Malaysia.
2.
Mengambil risiko yang diperhitungkan
Seperti
sifat umum yang ada pada seseorang usahawan, usahawan yang ingin berjaya pada
abad ke 21 juga perlu mengambil risiko serta berhadapan dengan risiko yang
diperhitungkan. Nilai pulangan pula berkait rapat dengan nilai risiko yang
diambil.
Apabila membuat kajian mengenai tokoh
usahawan bumiputera terkenal iaitu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, beliau
seorang yang pengambil risiko. Sebagai contohnya, beliau telah melibatkan diri
dengan perniagaan perkapalan dengan menubuhkan Bukhari Shipping dan
mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan.
Bukhari Shipping bertindak sebagai
broker kapal di bawah polisi COBOTAGE. Melalui Bukhari Shipping juga beliau
telah membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga US1
juta dolar. Kapal tersebut diberi nama Angsa Mas dan digunakan untuk mengakut
beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak.
Walaubagaimanapun, perniagaan
tersebut telah mengalami kerugian yang menyebabkan beliau menjual kapalnya pada
harga US600,000 dolar. Jadi, beliau terpaksa menanggung kerugian US400,000
dolar.
Beliau membuat keputusan untuk
membeli kapal berharga US1 juta itu adalah kerana pembeliaan aset tersebut
mampu mengurangkan kos pengakutan yang dialaminya sebelum ini. Sesuai dengan
nilai pulangan yang bakal diperolehinya dengan risiko yang dihadapi, beliau
seorang yang sangat berani mengambil risiko walaupun akhirnya menempuh kegagalan.
3. KeusahawananSosial
Keusahawanan sosial merupakan salah satu trend terkini bagi usahawan
yang berjaya. Keusahawanan sosial merupakan sumbangan usahawan kepadao
rganisasi sosial atau organisasi bukan untung bagi menyalurkan bantuan kepada
masyarakat yang kurang berkemampuan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan.
“Kadang-kadangnikmat yang kita dapat boleh merosakkankita. Kita kena kawal
supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan
lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al
Bukhari. Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan beliau telah membina dan
menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sehingga
kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti
keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya
membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai
pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Pada tahun
2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre
for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.
Yayasan al-Bukhary juga kini sedang
membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi
mengasaskan Institut Perubatan,Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai
Petani, Kedah. PenglibatanYayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh
bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada
projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang
dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary
menyumbang sebanyak RM1 juta bagi ProjekLangkawi, iaitu projek yang dimulakan
oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar
dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
4. Sifat kepimpinan
Di antara sifat-sifat kepimpinan yang dimiliki oleh beliau adalah
seperti berfikiran terbuka,mudah menerima kritikan dan sentiasa menerima
pandangan atau pendapat-pendapat daripada orang lain. Walaupun beliauti dak
begitu diketahui umum, ahliperniagaan yang tidak gemar publisiti ini adalah
pemilik pelbagai jenis perniagaan seperti rangkaian syarikat tenaga,pelabuhan,hotel,perkilangan
dan pasar raya
.
Beliau lebih gemar kepada cara
kehidupan yang serba ringkas,mudah mesra,peramah dan fokus terhadap apa yang
diusahakan nya. Jika ada satu perkataan yang boleh menggambarkan Tan Sri Syed
Mokhtar Al Bukhary adalah sifat rendah dirinya. Ini adalah kerana segala
kejayaan dan kekayaan tidak merosakkan dirinya. Kaum keluarga,sahabat
handai,saudara mara,rakan perniagaan dan manusia biasa yang telah beliau bantu
boleh mengakui perkara ini.Sehingga harii ni, Syed Mokhtar Al Bukhary berkerja
dari siang hinggá larut malam dan ada kalanya sehingga pagi. Rumah nya adalah
ibu pejabat korporat, dimana beliau mengikut perkembangan syarikat-syarikat dan
kebajikan lebih 20,000 pengurus dan kakitangannya.
Dewan di rumah beliau di Kuala Lumpur
adalah bilik mesyuarat utama dan beliau berjumpa dengan pengarah-pengarah
eksekutif serta pengurus-pengurusnya seminggu sekali. Syed Mokhtar hanya
melakukan lawatan kerja jika perlu selain gemar mengadakan perjalanan
balik-hari kerana beliau mahu meluangkan masa berkualiti bersama pekerja dan
keluarga.
Pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi oleh Tan Sri tidak
mematahkan semangatnya untuk terus berjaya. Beliau tidak pernah putus asa dalam
menyara hidupnya dari dahulu hinggalah sekarang walaupun kedudukann yang agak
selesa pada masa kini. Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
membantu bapanya dalam perniagaan lembu penternakan tetapi hanya untuk melihat
perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut. Walaubagaimanapun, beliau
mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging. Beliau pergi
dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak
terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama dan menjualnya
kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar AlorSetar.
Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau
bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
Daripada perniagaan menjual daging,
beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau
berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan
pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli
dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar kemudian menggunakan
lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau
menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga
Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi
membekalkan beras kepihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn.
Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah,
beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng
Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong
Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usahasama itu, Tan Sri Syed Mokhtar
memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing
32 peratusdan 16 peratus. Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya
kepada komoditilain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga kehari ini
melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah
RM250 juta.
No comments:
Post a Comment