Tokoh 1
Dato Aliff Syukri Kamarzaman ( Pengasas
D’Herbs Healthy Sdn.Bhd)
Mencari
dan merebut peluang perniagaan
Dato’ Aliff
Syukri Kamarzaman yang dilahirkan
pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,kuala lipis, Pahang. Beliau telah berpindah
dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.Besar,Selangor kemudian melanjutkan
pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah
belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di
sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin,
Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.
Beliau terlibat dengan perniagaan sejak diawal usia 7 tahun di sekolah untuk dibuat belanja persekolahan.
Ciri usahawan beliau ialah sentiasa mencari
peluang perniagaan. Disebabkan kurang berminat dalam pelajaran secara formal di
peringkat universiti beliau pada awalnya cuba membuka bengkel kecantikan
dan kesihatan.Beliau yang tidak
mempunyai kelulusan dalam pelajaran pernah bekerja dan hanya mendapat Rm1000
sebulan. Pendapatan itu sememangnya tidak mencukupi untuk menampung
kehidupannya di Kuala Lumpur.
Bengkel yang diusahakan sendirian di pejabat-pejabat swasta ataupun kerajaan membuka minda beliau untuk membuat produk sendiri. Kerana sebelum ini produk-produk yang diguna pakai semasa bengkel tersebut beliau mengunakan produk pengusaha lain. Sejak itu, beliau membuat produk sendiri dan hanya ada tiga jenis produk. Perniagaan beliau mula berkembang sedikit demi sedikit.. Pendapatan sebulan untuk produk D’Herbs sekarang memcecah Rm1 juta sebulan.
Bengkel yang diusahakan sendirian di pejabat-pejabat swasta ataupun kerajaan membuka minda beliau untuk membuat produk sendiri. Kerana sebelum ini produk-produk yang diguna pakai semasa bengkel tersebut beliau mengunakan produk pengusaha lain. Sejak itu, beliau membuat produk sendiri dan hanya ada tiga jenis produk. Perniagaan beliau mula berkembang sedikit demi sedikit.. Pendapatan sebulan untuk produk D’Herbs sekarang memcecah Rm1 juta sebulan.
Tokoh 2
TAN SRI DR.JEFFREY CHEAH
Tidak
berputus asa
Tan sri dr. Jeffrey cheah adalah ketua pegawai
eksekutif kumpulan sunway. Beliau telah dilahirkan di pusing, perak dan
mempunyai enam orang adik beradik.beliau mendapat pendidikan tinggi dari
footscray institute of technology yang kini dikenali sebagai Victoria
university of technology, Australia. Selepas Berjaya menamatkan
pengajian,beliau memulakan kerjaya sebagai akauntan di sebuah kilang pemasangan
motor.
Tan Sri Dr. Jeffrey cheah mula memceburi
bidang keusahawanan dan menjadi pengasas dan peneraju kumpulan sunway. Dari
segi sejarah penubuhannya,kumpulan ini berjaya menempuh tiga tempoh kemelesetan
ekonomi dengan jayanya.pada tahun 1974,beliau menjalankan perniagaan
perlombongan bijih timah melalui syarikat sungei way dengan modal berbayar
sebanyak RM100,000. Pada tahun 1997,
kemelesetan ekonomi melanda Negara, namun syarikatnya dapat bertahan. Setelah beberapa tahun memjalankan perniagaan
tersebut,bijih timah telah habis dilombong dan beliau telah bertukar kepada
perniagaan pasir dan kuari. Perestasi
yang memberangsangkan memjadikan perniagaannya itu berjaya disenaraikan dalam
papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1984 sebagai Sunway Holdings
Berhad.
Pada
tahun 1985,Malaysia dilanda kegawatan ekonomi dan pada tahun 1980-an,kesan
kemelesetan ekonomi yang dirasai adalah lebih ketara. Memjelang tahun 1987,sunway Holdings Berhad
memcatatkan kerugian yang hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya. Namun Tan Sri Dr. Jeffrey Chaeh memgambil
beberapa langkah agar dapat bertahan. Selepas kegawatan ekonomi berakhir, tan
sri dr. Jeffrey cheah mula memgambil langkah bagi menyebarkan risiko dan
memperbagaikan perniagaan yang diceburinya, sunway Holding Berhad mula
melibatkan diri dalam sektor pembangunan hartanah,pelaburan
hartanah,perbuatan,perhotelan dan perniagaan berkaitan hiburan. Hasil keperbagaian itu, beliau berjaya
memubuhkan sunway city berhad, sunway construction berhad dan sunway building
technology berhad.
Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah adalah seorang yang suka belajar dari kesilapan. Selain dari bergantung dengan fakta, beliau
juga tidak lupa memamfaatkan gerak hati dan memgunakan dalam membuat
keputusan. Beliau tidak membiarkan emosi
memguasai diri kerana beliau membuat keputusan berdasarkan akal fikiran dan
bukannya emosi. Beliau juga akan memastikan segala hutang piutang yang dipinjam
dapat dijelaskan kepada pihak bank pada masa yang ditetapkan. Beliau amat
memamdang tinggi kebolehan dan sikap intergiti bagi memcapai kejayaan. Rahsia
beliau yang selama ini beliau pegang adalah falsafah beliau ialah “tiada
yang mustahil di dunia ini untuk berjaya”
Tokoh 3
Tokoh 4
HARSUKHLAL
MAGANLAL KAMDAR
BELAJAR
DARI KESILAPAN
Harsukhlal maganlal kamdar
adalah pengasas dan pengarah urusan pusat pakaian kamdar. Beliau dilahirkan di Gujerat India, dan tiba
di Malaysia pada tahun 1941 selepas menamatkan pengajian tingkatan lima. Bapanya memghendaki beliau meneruskan
pengajian tetapi beliau ingin berkerja.
Walaupun kurang mendapat pengajian formal dan tinggi, beliau banyak
menimba ilmu daripada sumber-sumber lain seperti pengalaman berkerja dan
berjinak menceburi bidang keusahawan
Harsukhal
memulakan perniagaannya dalam bidang import dan eksport tetapi terpaksa
diberhentikan apabila perang dunia kedua melanda.selepas itu beliau sering
menunggang basikal 20 batu hingga 30 batu sehari disekitar Pulau Pinang bagi
meninjau bidang perniagaan yang berpotensi.
Walau bagaimanapun,usahanya itu kurang berhasil dan pada tahun 1954,
beliau telah menyertai abangnya yang membuka kedai kain di ipoh.beliau
menyertai perniagaan abangnya hanya untuk seketika waktu sebelum pulang ke
india selepas perang Dunia Kedua berakhir.
Selepas beberapa lama di india,beliau pergipula ke singapura bagi
menyertai perniagaan yang dipelopori oleh bangsa Punjabi.Perniagaan itu
melibatkan import eksport kain, sagu, kekacang, kain guni, dan bermacam
barangan lagi.beliau telah berkerja dan mendapat pengalaman berniaga selama
tiga tahun di Singapura.
Kegawatan
ekonomi pada tahun 1977 menyebabkan perniagaan di jalan TAR terpaksa ditutup.
Ruang perniagaan tersebut telah disewa kepada orang lain. Pada mulanya
Harsukhlal tidak bersetuju dengan tindakan itu.
Namun, disebabkan perniagaan ini turut diuruskan oleh adik beradik yang
lain,beliau terpaksa akur dengan keputusan tersebut. Beliau berpendapat Kuala Lumpur merupakan
sebuah kawasan yang berpotensi untuk menjalankan perniagaan dalam jangka masa
panjang.ekoran dari itu,Harsukhlal telah meninjau peluang untuk membuka
cawangan yang lain di Kuala Lumpur dan pada tahun 1980-an, beliau membuka sebuah kedai kamdar di
chow kit di sebelah pasar raya batu road,dan sebuah lagi di globe silk store.
Perniagaan
kamdar terus berkembang pesat dan mereka membuka cawangan di Bandar-bandar
utama di Malaysia.kamdar memperolehi kainnya dari sumber tempatan dan juga
melalui pejabat operasinya di luar Negara seperti india, Indonesia, korea, dan
ermiriyah arab bersatu. Rahsia kejayaan kamdar ialah memjadikan kerjanya
sebagai hobi dan minat dan tidak takut untuk membuat kesalahan dan sentiasa
belajar dari kesilapan.kini kamdar memjadi pilihan rakyat Malaysia dan digemari
rakyat Malaysia.
Tan Sri Dato’ Azman Hashim
DECISIVE
Decisive membawa maksud
keupayaan atau kuasa untuk membuat suatu keputusan yang bernas dalam
menyelesaikan masalah atau konflik yang dihadapi.
Tan
Sri Dato’ Azman Hashim merupakan seorang contoh usahawan terkenal di Malaysia.
Dilahirkan pada Julai 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia. Berkahwin
denga YM Tunku Arishah Tunku Maamor da di kurniakan lima orang cahaya mata.
Beliau merupakan seorang ketua kumpulan kepada sebuah bank iaitu AmBank.
Ciri
usahawan beliau boleh dilihat pada usaha beliau yang gigih tanpa mengenal erti
penat. Pada beliau, sebagai seorang usahawan yang tidak boleh duduk diam, wang
bukanlah perkara yang dicari akan tetapi beliau gemar mencari dan mengahdapi
cabaran. Jika tidak kerana itu, beliau mungkin telah lama bersara.
Keupayaan
beliau dalam membuat keputusan yang begitu bernas dapat dilihat apabila dia
mengambil sijil erakaunan dari Australia yang mana merupakan kelas kedua pada
tanggapan umum dalam bidang kerjaya. Ia tidak sia-sia, setelah memperoleh
pengalaman bekerja di Bank Negara Malaysia(BNM), beliau membentuk firma
perakaunan Azman and Co. Ia merupakan satu tindakan keputusan yang bernas
walaupun pada ketika itu bidang perakaunan merupakan suatu benda yang baru.
Usaha membuahkan hasil, firmanya berkembang maju dan meningkat kukuh lalu
ditukar nama kepada Azman Wong Salleh & Co yang membabitkan empat rakan
kongi dan lebih 100 pekerja.
Beliau
tutut membuat keputusan yang tidak dijangka dengan meninggalan firmanya untuk
memegang jawatan ketua pegawai eksekutif Malayan Banking Bhd(Maybank) yang
mengurangan pendapatan bulanannya sebanyak 50 peratus. Keputusan ini adalah
untuk membantu Maybank yang sedang menghadapi masalah. Kedatangan beliau
mengubah perbankkan tersebut sehingga menjadi sebuah rangkaian bank yang
terbesar di Asia Tenggara disamping pembangunan sistem perkomputeran perbankkan
yang terbesar.
Kebolehan
untuk membuat suatu keputusan yang bernas telah mendorong beliau untuk membeli
40 peratus saham Taiping TEXTILES (kini AMDB Bhd) dan 100 ekuiti Arab-Malaysia
Development Bank Bhd ( kini AmMerchant Bank Bhd). Beliau sebenarnya kurang berminat dengan tekstile
tetapi menggunakannya sebagai asas korporat untuk mengumpul kekayaan.Hari ini,
keputusan yang dibuat dahalu menunjukkan hasilnya, kini empayar Tan Sri Azman
Hashim di bawah firma terbitan awam Arab-Malaysia Corporation Bhd meliputi
kewangan, hartanah, pembuatan dan penyiaran, dengan beberapa syarikat
tersenarai di Bursa Malaysia.
Disamping
Arab-Malaysia, Azman juga terbabit dengan banyak lagi syarikat dan pertubuhan,
antaranya Malaysian South-South Corporation Bhd, MCM Technologies Bhd,
Perbadanan Pembangunan Multimedia Sdn Bhd, Persatuan Bank- Bank Saudagar
Malaysia, Perbadanan Pengeluaran Negara, Pasific Basin Economic Council
Malaysia, Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia, Malaysian-British dan Malaysia
– China Business Council, Asean-Japan Business Meeting dan Malaysia Endurance
Riding Society.
Kekayaan
beliau kini diiktiraf majalah FORBES, sebuah majalah terkemuka yang membuat
kajiselidik mengenai individu terkaya di dunia. Beliau menduduki tempat ke-10
bagi individu terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan mencecah RM4,108.45
juta. Beliau pernah menerima pelbagai pengiktirafan tempatan dan antarabangsa,
anataranya anugerah Asia’s Banker of the ear oleh Asean Business Forum dan
Manager of the Year 1995 oleh Harvard Business School Alumni Club, Malaysia.
Tokoh 5
Rozita Ibrahim
INITIATIVE
Initiatif membawa maksud
kepada kebolehan menghadapi sesuatu masalah dengan mengambil satu tindakan atau
pelan yang lain untuk menyelesaikan masalahh tersebut.
Rozita
Ibrahim merupakan satu nama yang terkenal dan terkemuka di Malaysia kerana
produk kecantikan beliau yang mujarab. Merupakan pengasas kepada produk
kecantikan yang berjenama Sendayu Tinggi. Anak kelahiran Sungai Besar, Selangor, Malaysia ini telah
menjadikan dirinya sendiri sebagai ujikaji pada produknya merupakan satu usaha
inisiatif pada dirinya untuk menguji keberkesanan produknya.
Bermula
dari bawah, dalam kehidupan miskin dan penuh kesulitan sebagai penoreh getah
begitu teguh menempuh onak duri. Pada satu usia yang muda, dia terpaksa
berkahwin dan menempuhi perceraian, dalam masa yang sama perit menjaga dan
membesarkan anak. Lebih pilu lagi apabila salah satu anaknya jatuh sakit dan
kerana tiada sumber kewangan untuk mendapatkan rawatanyang sewajarnya, anaknya
itu telah meninggal dunia.
Pada
waktu begini, beliau mengambil kesempatan dari kesulitan hidupnya untuk
menceburi pelbagai bidang pekerjaan gara-gara untuk menyara diri dan keluarga
tersayang. Akhirnya, dalam keadaan terdesak, dia menghabiskan beberapa ratus
Ringgit untuk digunakan sebagai perumusan kesihatan berasaskan herba dan kini
produk Sendayu Tinggi memiliki tempat dipasaran Brunei,Singapura malah beberapa
tempat lagi di sekitar asia.
Inisiatif
yang diambil beliau ketika waktu susah untuk mencuba pelbagai bidang pekerjaan
membuahkan hasil. Beliau seperti tahu keperluan produk kecantikan akan mendapat
permintaan ramai, ditambah lagi pada masa kini manusia berebut untuk menjadi
cantik dan sanggup berkorban apa saja demi memperoleh kecantikan sejati. Usaha
beliau untuk menghasilkan produk ini dengan menjadikan dirinya sendiri sebagai
bahan ujikaji membuahkan hasil. Beliau mempunyai slogan tersendiri yang
memmbuatkan beliau mampu mendirikan sebuah empayar kecantikan iaitu Kita tak tahu masa depan, sebab tu bersiap
untuk tempoh masa depan.
Tokoh 6
Tuan Haji
Mohd Tamin
Gigih Berusaha
Nama beliau ialah Tuan Haji Mohd Tamin. Beliau dilahirkan dan dibesarkan
di Batu Gajah,Perak. Memulakan perniagaan menghasilkan kicap(produk) sendiri di
rumah beliau bersama ahli keluarga. Modal awal yang digunakan untuk memulakan
perniagaan ialah Rm10. Beliau pada awalnya hanya menghasilkan 700 botol kicap
sehari bersama ahli keluarga.
Walaupun proses penghasilan kicap dilakukan
dirumah, tetapi beliau sangat menitik beratkan perihal kualiti dan kebersihan.
Tahun demi tahun permintaan kicap semakin meningkat iaitu sebenyak 3500 botol
sehari. Permintaan meningkat menyakinkan beliau untuk membuka kilang sendiri di
Enggor,Kuala Kangsar. Semenjak itu beliau menghasilkan 9000 botol sehari.Kini,
perniagaan beliau disambung oleh keluarga-keluarga. Kicap yang dihasilkan
sangat berkualiti dan bermutu sehingga dapat menembusi pasaran luar contohnya
di United Kingdom. Syarikat Tamin kini mempunyai 28 jenis produk.
Tokoh 7
Ramly
Mokni (Ramly Burger)
Pemikiran yang kreatif dan
inovatif
Ramly Mokni merupakan
seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam
bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh
usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati
dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan
halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan
hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual
burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping
sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini
mencatat RM42 juta.
Daripada pemerhatian beliau
semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada
awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal
haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan
sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat
beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang berdaya kreatif dan
inovatif. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah
diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan
pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang
diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya
mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan
peranan agensi kerajaan adalah amat penting.
Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk
mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya
dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat
keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran,
menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan
pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan.
Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan
memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan
kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak
pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang
masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan
beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik
PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDelete